Sunday, December 1, 2013

ADA APA DENGAN SASTERA ??

<3 SEJUJURNYA, PUJANGGA SANGAT CINTAKAN SASTERA <3

KENAPA?
Hmmmm,... sebabnya sastera itu menarik! =) hihihi

Kawan2 sekolah Pujangga dulu selalu pelik dan tanya, "Eh, awak amik sastera?''
"Ya, kenapa? Pelik ke? Takut tak dapat kerja? Tak da peluang cerah masa depan?"

Yalah, Pujangga dulu MRSM dari Tingkatan 1-5 kat Negeri Sembilan. Siapa sangka, insan yang dididik menjadi seorang jurutera ni akan menjadi Sasterawan suatu hari nanti, kan? InshaAllah.....
Ceriteranya bermula apabila habis je SPM, Pujangga masuk Preparation Program untuk ke USA (Mechanical Engineering) **Nak jadi juruteralah kononnya....

Sempatlah belajar beberapa bulan, sampailah tiba satu masa Pujangga dah nak terbang ke sana, United States University (USU). Ditakdirkan, rezeki Pujangga terhenti di situ. Pujangga dapat 1 panggilan dari penjaga Pujangga, suruh balik. Jangan ke USA!!  Sebabnya tahun 2009 tu kecoh sangat pasal H1N1. Allahurabbi.... dan faktor ke2, Pujangga sorang je muslimah yg akan ke sana.. *Bila fikir balik, hikmah juga sebab itu adalah negara pengkhianat uamt Islam. Buat apa kita pergi tunduk menuntut dgn mereka...**

Hancur berkecailah cita2 Pujangga nak jadi jurutera tu.. Akur~ Kakanda Pujangga lah yang pergi mendaftarkan untuk masuk ke Tingkatan 6 Atas terus. Nak terima matrikulasi, dah terlambat, tawaran tu Pujangga dah tolak mentah2 kononnya dah nak 'fly' waktu tu.. Redha jelah waktu tu... saat ditarbiyah memang susah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. 

TEKAD. NEKAD. PENUH MATLAMAT. Pujangga mengubah persepsi hidup Pujangga, nak jadi Sasterawan Negara lah pulak. hihihihihi,...macam angan2 kosong jerrr.... tapi TAK. Alhamdulillah, kini Pujangga dah di menara gading USM. Macam lucu pun ada, dari nak ke USA terus langsung ke USM <3 

Sekarang, Pujangga Sastera ialah seorang mahasiswa USM tahun 3 dalam bidang Kesusasteraan. Ternyata rasa cinta yang Pujangga cuba cambahkan akhirnya berhasil ....A. Samad Said, mesra dipanggil bapak, menjadi insan yang sangat pujangga kagumi selepas Rasulullah, sahabat, ummi dan ayah Pujangga. InshaAllah, suatu hari nanti Pujangga nak jadi macam beliau. 

Oh, ya!!! Kenapa Pujangga pilih SASTERA???
***sebab,...SASTERA MEMANUSIAKAN MANUSIA ****

Nanti Pujangga ceritakan pada entri yang seterusnya ya ;)

Moral kali ni~~~~>>>  @@ Rezeki semuanya bergantung pada Allah. Jika kita ambil jurusan kedoktoran sekalipun, jikalau Allah dah tetapkan sedikit je rezeki kita, maka itu jelah yang kita dapat. "Kun Fayakun!"
Yang penting, garapkan apa yang kita dapat tu dengan amalan yang boleh mencapai REDHA ALLAH.

Di sini hanyalah tempat persinggahan kita,
di 'Sana' nanti tempat tujuan abadi kita...

Moga kita pulang dalam keadaan tangan penuh kebaikan, inshaAllah.

TULISLAH

Tulislah, tulislah, tulislah walau sebaris ayat tentang perkara yang bermanfaat..
Setiap perkataan yang berfaedah apabila dibaca oleh ramai orang akan membuahkan pahala kepada kita.. InshaAllah

BERJIHAD MELAUI TULISAN


Assalamualaikum,
Ini blog pertama buat Pujangga Sastera.
Semoga setiap perkara yang akan Pujangga Sastera sampaikan nanti akan beroleh manfaat. inshaAllah...

Sebagai perkenalan yang pertama ini, Pujangga Sastera sampaikan 1 sajak yang paling Pujangga suka. ;)

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat